HARI PERTUNANGAN ADIKKU

Date: Wednesday, December 23, 2009 |
Pada pagi ahad 20/12/2009 aku and hubby ku pegi ke lembah untuk beli makan pagi. Lepas beli breakfast aku pon balik and my mother said nak kena buat hantaran pulak kat adikku nie untuk hari pertunangannya. Just imagine hari ni tunang hari ni jugak kena buat hantaran tu...Then my oldest sister ajak pegi tengok kut kut ada kedai untuk buat hantaran bukak coz hari nie kan hari minggu. Risau jugak la kalau tak bukak. Aku and sister pergi la ke lembah and then we found the shop. Alhamdulillah.. bukak jugak hari ahad. Aku and sister pon tanya la barang yang sesuai untuk hantaran. The salesgirl tu pon bagitau la jenis bubuh dalam raga atau dalam kotak. And then my sister ask sesuai ka raga nie bubuh coklat. Dia pon kata yes dan my sister suruh dia touch up that raga bagi nampak ranggi sementara aku and my sister keluar pegi cari coklat, buah and kek.

Jalan punya jalan jumpak la kedai kek. Nasib baik la bukak. Kalau tak kena pikir benda apa pulak nak bagi ni. Pi masuk kat kedai kek pilih la kek orange jazz. Lepas tu tanya pulak kat salesgirl tu kek ni sesuai ke masuk dalam kotak transparent and kebetulan pulak kotak tu ada jual jugak. Pastu kami tgok pulak hantaran jenis kuih berbentuk buah. Kami pon pilih la buah labu oren jugak la warnanya.

Lepas selesai kat kedai kek pi la pulak gerai buah beli la beberapa mcm2 buah tu. Dah tu pulak pi ke Ekspo dekat dengan kedai tu untuk beli coklat bar cadbury lagi. Sekotak Rm48.00 . Balun jugak mahal2 pon. Dah tak dak masa nak pi cari lagi. Pastu pi la kedai hantaran tu balik. Sampai ke kedai tu aku pon bawak kuar la cekelat tu untuk dibubuh kat dalam raga yang telah ditouch up. Huiii...Cun, anggun and Excellent sungguh la raga tu kalah hantaran nak kahwin. Pastu dah siap baru la balik umah kat pukul 11 lebih dari pukul 7.00 pagi tadi. Adussss... letih sungguh laaaa. Tapi tak pa la for my lovely sister. Nasib baik la sorang tu jek.

Aku harap pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Jaga diri baik2 di musim darah manis nie coz mcm2 ada.... For my sister happy engagement day with that guy. Hope love forever. Yess.. you buleh Malaysia buleh!!!!!!

ANAKKU2

Date: Monday, November 2, 2009 |
Assalammualaikum.................
Lama aku tak buat cerita. Sori yek maklum sibuk dengan hal keje & family especially my very comel baby aliff haiqal. Sekarang nie babyku aliff haiqal usianya dah setahun lebih. Punya la buas almaklumlah "anak lelaki". Dah lah buas kuat menjerit pulak tu! Sekarang nie dia dah pandai main dengan abang dia si hakim (my anak lelaki aku sorang lagi umur 5 tahun). Dia dah pandai main tembak-tembak pegang pistol lagi dengan abang die. Abang die buat-buat la mati bila kena tembak.

Nak tergelak tu bila dia pegang pistol ada pulak bunyi tembak tu tapi bunyi dia 'wiiiiisssssh' je, bukannya bunyi macam bunyi tembak dalam tv tu. Dah tu dah buat bunyi macam tu, mulala meleleh air liur kat mulut punya nak tembak abang die. Satu lagi hobi dia suka menari bila dengar bunyi lagu kat radio atau kat tv. Punya la rancak dia menari sampai tertonggek-tonggek ponggong tu. Punya nak bagi feel lagi. Lagi satu kalau ada lagu dangdut atau hindustan. Dari mula sampai habis dia dok menari ikut rentak lagu tu.

Ok la aku rasa takat nie la aku punya story. Lain kali aku buat citer lagi. Aku ada nak buat keje lain lagi. Ingat satu lagi pesan aku sayangi lah baby jangan lempaq buang kat sampah. Ok bye.

ANAKKU

Date: Sunday, August 30, 2009 |
Namanya Muhammad Aliff Haiqal baru berusia 1 tahun 1 bulan. Baru-baru aku dan family pergi membeli belah di sebuah pasaraya yang terkemuka di pekan Kuala Kangsar untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sampai di dalam pasar raya itu, aku pergi ke bahagian atas iaitu bahagian seluar jeans kanak kanak lelaki untuk anakku yang berusia 5 tahun. Suamiku sedang mendukung anakku Aliff. Setelah penat suamiku mendukung Aliff, lalu dia melepaskan Aliff di atas lantai dan Aliff tiba-tiba berdiri dan pergi ke bahagian baju kanak-kanak.

Suamiku mengejar untuk mendapatkannya setelah melihat Aliff membawa lari sepasang baju yang bersangkut di bahagian bawah dan membawa lari baju tersebut. Suamiku dan anakku yang berusia 5 tahun pula jenuh mengepungnya. Setelah beberapa minit sempat pulak dia bermain cak cak baru lah anakku Aliff dapat ditangkap. Kemudian aku pun pergi ke tingkat bawah untuk membuat pembayaran. Sekali lagi Aliff buat cak cak pong dekat kaunter pembayaran.

Itulah pengalaman membeli belah. Lepas ni tak bawak dah hahaha!
 
Copyright @ 2009 home sweet home: 2009 | Original Design: Music Joomla Template | Modified By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox