Namanya Muhammad Aliff Haiqal baru berusia 1 tahun 1 bulan. Baru-baru aku dan family pergi membeli belah di sebuah pasaraya yang terkemuka di pekan Kuala Kangsar untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sampai di dalam pasar raya itu, aku pergi ke bahagian atas iaitu bahagian seluar jeans kanak kanak lelaki untuk anakku yang berusia 5 tahun. Suamiku sedang mendukung anakku Aliff. Setelah penat suamiku mendukung Aliff, lalu dia melepaskan Aliff di atas lantai dan Aliff tiba-tiba berdiri dan pergi ke bahagian baju kanak-kanak.
Suamiku mengejar untuk mendapatkannya setelah melihat Aliff membawa lari sepasang baju yang bersangkut di bahagian bawah dan membawa lari baju tersebut. Suamiku dan anakku yang berusia 5 tahun pula jenuh mengepungnya. Setelah beberapa minit sempat pulak dia bermain cak cak baru lah anakku Aliff dapat ditangkap. Kemudian aku pun pergi ke tingkat bawah untuk membuat pembayaran. Sekali lagi Aliff buat cak cak pong dekat kaunter pembayaran.
Itulah pengalaman membeli belah. Lepas ni tak bawak dah hahaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)
