Pagi pagi lagi dah bangun my lovely son akim untuk ke pra sekolah di hari pertama persekolahan. Dah siap mandi, aku pon bagi pakai baju pra sekolah tu. Yang selebihnya dia la buh bedak and minyak wangi abah dia punya. Pastu aku ajak pi meja makan dan dia ambil 2 biji hotdog yang masih panas lagi. Berselera sungguh. Dah memang favourite dia pon. Lepas makan dia pon pegi la ambik beg dalam bilik dan ambik kasut sekolah kat dalam rak kasut. Lepas pakai kasut, abah dia pon dok tunggu dia kat luar untuk hantar dia ke sekolah.
Sampai je ke sekolah, abah bawak akim ke kelas prasekolah. Sebelum nak masuk tu kena buka kasut dulu letak kat tempat rak kasut. Dah masuk dalam kelas, cikgu pra tu pon sambut akim sambil menunjuk tempat duduk akim. Akim dok diam aje, kata abah yang tengok dia dari luar tingkap. Maklumla... tak kenal lagi kawan-kawan. Tapi ada jugak budak-budak yang nangis, jenuh mak bapak lepa pujuk. Akim pon dok tengok aje budak tu nangis. Cikgu pra tu pon tolong pujuk jugak, tapi tak leh jugak. Cikgu pra tu pon mula kan pengajaran kelas. Mula2 cikgu tu ajar abjad A-Z. Semua murid ikut apa yang cikgu cakap, kecuali yang nangis tu tak habis2 lagi. Lebih kurang sejam mengajar, cikgu tu pon bagi kertas untuk menulis sambil mewarna. Akim pon apa lagi keluarkan lah kotak pensil dan pensil warna. Dia punya kaler la sampai patah2 pensil tu.
Ada sorang kawan sebelah tu, tak ada pensil warna. Dia cuba la nak pinjam kat Akim, tau Akim jawab apa " suruh la mak ang beli, nanti habis pensel warna aku.... sampai dengar cikgu kat depan meja tu. Cikgu tu pon tersengih bila dengar Akim cakap macam tu. Dalam kul 10 pagi time rehat. Ada sorang pembantu pra tu yang sediakan makan minum pelajar kat dalam kelas. Akim cakap dia makan nasi dengan ayam goreng dan air merah. Lepas je makan, cikgu pra tu pon bawak budak2 pra ni pi keliling sekolah untuk tunjuk kat mana tandas, pejabat, pusat sumber dan lain lain lagi. Ada sekali tu cikgu pra ni bawak la lepa pi melawat pusat sumber. Dalam pusat sumber tu ada la komputer yang sedang terbukak . Akim terus pergi kat komputer tu dia pi bukak game dalam tu. Cikgu pra tu punya terkejut tengok Akim bukak game tu, sambil cikgu tu kata kat pembantu pra tu kecik2 dah pandai bukak game.
Pastu lepa balik ke kelas sambung aktiviti yang lain. Jam dah dekat kul 12 . Abah pon dah sampai nak ambik akim. Dia tunggu kat luar kelas tu. Yang budak dok nangis tu kesian mak dia kena tunggu sampai habis sekolah. Nasib baiklah Akim tak macam tu. Dah kul 12, lepa pon berbaris dan bagi salam kat cikgu untuk balik. Akim pon keluar ambik kasut kat rak. Pastu dia pi kat abah dan terus balik rumah. Tak dan sampai rumah, Akim dah ajak pi kedai pulak. Mula la nak pekena abah dia nie. Tapi kali ni nasib baik la dia mintak cekelat dan aiskrim je. Kalau tak setiap kali pi kedai dia dok aim mainan jek.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
